USAHAWAN DESA (KEDAI RUNCIT)

Nama : Morine Anak Sulau

Umur : 50 Tahun

Ahli    : 2017

Latar Belakang

Puan Morine mula menubuhkan Kedai Runcit beliau pada tahun 2014. Kebiasannya beliau menjual barang-barang jualan beliau kepada penduduk tempatan yang berada berhampiran sahaja. Tujuan utama beliau menubuhkan kedai runcit ini adalah untuk membekalkan barang keperluan asas untuk penduduk tempatan sahaja.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan ICT

Beliau menghadapi kekangan untuk mempromosikan barang-barang jualan beliau. Selai itu, beliau juga menghadapi kekangan untuk meluaskan lagi hasil jualan beliau kerana pelanggan beliau terhad kepada penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan kedai beliau sahaja. Hasil jualan beliau pun masih berkurangan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan ICT

Selepas penglibatan PEDI, beliau dapat mempromosikan barang jualan beliau dengan mudah melalui atas talian dan media sosial. Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan pengetahuan beliau berkaitan cara untuk meluaskan jualan beliau melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi. Hasil pendapatan beliau juga meningkat kerana pelanggan beliau tidak lagi terhad kepada penduduk tempatan sahaja.

 j1


 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

Nama : Suria Anak Matu

Umur : 50 Tahun

Ahli : 2016

Latar Belakang

Puan Suria merupakan salah seorang kakitangan kerajaan. Oleh kerana tugas memerlukan beliau banyak menggunakan komputer beliau merasakan amat sukar untuk memahami fungsi microsoft office dengan sempurna.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan ICT

Sebelum terlibat dengan PEDi, beliau tidak tahu bagaimana menggunakan komputer terutamanya menaip. Oleh itu, beliau selalu menghadapi kesukaran semasa menjalankan tugasan apabila melibatkan proses menaip dan memasukkan maklumat ke dalam sisitem.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan ICT

Melalui Latihan (Bengkel Intel Easy Steps) beliau boleh menaip dan memulakan tugasan beliau dengan sempurna. Selain itu juga kemahiran beliau berkaitan ICT semakin meningka dan beliau semakin yakin dalam menyelesaikan tugasan beliau. Beliau juga boleh membuat pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.

 j39 j40

 


 

USAHAWAN DESA

(PRODUK : MAKANAN KERING "KEREPEK UBI & PISANG" DAN MAKANAN BASAH "NASI LEMAK DAN KUIH MUIH")

Nama : Biti Anak Ngong

Umur : 39 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Puan Biti mula berniaga pada tahun 2016. Antara barang yang dijual oleh beliau ialah kerepek pisang(Jualan Utama), sayur-sayuran kampung dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Biti mengalamai kekangan untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, hasil jualan beliau pun masih berkurangan dan kurang memuaskan. Pelanggan beliau sangat terhad dimana pelanggan beliau hanya penduduk rumah panjang beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Beliau telah mengikut Latihan Keusahawanan yang dilaksanakan oleh PEDi Nanga Meluan. Melalui latihan ini beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan menggunakan media sosial. Hasil dari latihan ini beliau mampu menghasilkan iklan / promosi barang-barang jualan beliau menggunakan aplikasi media sosial (spt: facebook, whatapps dan sebagainya).

Beliau juga sentiasa mengikuti setiap aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seperti Latihan Bengkel Intel Easy Steps. Dimana ianya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam ICT disamping dapat membantu dalam meningkatkan perniagaan beliau nanti.

 IMG 5718

 


 

USAHAWAN (KEDAI RUNCIT)

Nama  : Nancy Anak Agil

Umur  : 44 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Puan Nancy merupakan usahawan kecil (kedai runcit). Dimana beliau menjual barang-barang keperluan asas. Beliau mula berniaga pada tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan ICT

Puan Nancy menghadapi kekangan untuk mempromosikan barang jualan beliau. Selain itu, hasil pendapatan bulanan juga kurang memuaskan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan ICT

Beliau dapat mempelajari cara untu mempromosikan barang jualannya melalui media sosial. Selain itu, pelanggan beliau juga meningkat. Hasil latihan diberikan oleh PI hasil pendapatan beliau telah meningkat. Ini kerana beliau sudah mampu untuk mempromosikan kedainya menggunakan media sosial dengan baik.

 j38 j37

 


 

USAHAWAN (PRODUK : BERASASKAN BARANG KRAFTANGAN "BAKUL DAN BEG ANYAMAN")

Nama  : Rancang Anak Nyareng

Umur  : 66 Tahun

Ahli     : 2017

Latar Belakang

Puan Rancang mula membuat bakul dan beg berasaskan tali PVC sejak setahun yang lepas. Beliau mula-mulanya membuat bakul ini untuk kegunaan sendiri sahaja dan juga sebagai hobi. Namun hasil bakul dan beg beliau pula mendapat minat dihati penduduk rumah panjang beliau. Ini kerana rupanya yang unik dan cantik. Ramai penduduk yang hendak membeli bakul dan beg buatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Rancang merupakan usahawan kecil yang menjual hasil kraftangan (produk bakul dan beg anyaman). Kebiasannya beliau hanya menjual hasil kraftangan kepada penduduk tempatan di sekitar rumah panjang beliau sahaja. Selain itu, beliau tidak tahu bagaimana hendak mempromosikan barang jualan. Hasil jualan juga masih kurang.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Selepas beg dan bakul anyaman Puan Rancang ini dipromosikan di PEDi, sambutan terhadap produk beliau amat menggalakan. Pendapatan daripada hasil jualan barang-barangan juga banyak meningkat daripada sebelumnya. Beliau juga mempelajari cara mempromosikan hasil jualan menggunakan media sosial

.IMG 3969