USAHAWAN DESA (KEDAI RUNCIT)
Nama : Morine Anak Sulau
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Puan Morine mula menubuhkan Kedai Runcit beliau pada tahun 2014. Kebiasannya beliau menjual barang-barang jualan beliau kepada penduduk tempatan yang berada berhampiran sahaja. Tujuan utama beliau menubuhkan kedai runcit ini adalah untuk membekalkan barang keperluan asas untuk penduduk tempatan sahaja.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan ICT
Beliau menghadapi kekangan untuk mempromosikan barang-barang jualan beliau. Selai itu, beliau juga menghadapi kekangan untuk meluaskan lagi hasil jualan beliau kerana pelanggan beliau terhad kepada penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan kedai beliau sahaja. Hasil jualan beliau pun masih berkurangan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan ICT
Selepas penglibatan PEDI, beliau dapat mempromosikan barang jualan beliau dengan mudah melalui atas talian dan media sosial. Selain itu, beliau juga dapat meningkatkan pengetahuan beliau berkaitan cara untuk meluaskan jualan beliau melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi. Hasil pendapatan beliau juga meningkat kerana pelanggan beliau tidak lagi terhad kepada penduduk tempatan sahaja.