MAKANAN TRADISIONAL PENDUDUK TEMPATAN:

  b3 b4 jpg4

BUAH DABAI

Buah dabai adalah salah satu buah-buahan eksotik di Sarawak. Selain itu ianya merupakan salah satu makanan tradisional bukan sahaja kepada masyarakat tempatan di Meluan malah penduduk di Sarawak. 

Penduduk Tempatan di Meluan:

- Buah dabai selalunya dimakan dengan 2 cara iaitu:

  a) Secara Biasa - Iaitu direndam menggunakan air panas sehingga kulitnya menjadi lembut sebelum dimakan.

  b) Dibuat sebagai Jeruk Buah Dabai

Ciri-Ciri Buah Dabai:

  a) berwarna putih apabila ianya matang dan bertukar hitam apabila ianya masak.

  b) Berbentuk bujur seperti zaitun dan mempunyai kulit yang nipis; kulit buah dabai ini boleh dimakan.

  c) Pertumbuhan pokok buah dabai:

      - boleh membesar sehingga 21 meter.

      - Ia mempunyai daun yang berbulu nipis dan ranting yang ditutup dengan turun emas.

  e) Buah dabai ini dikenali umum sebagai or-kana yang bermaksud "zaitun hitam" dalam bahasa Hokien. Tetapi dari segi teknikalnya ianya tidak zaitun.

MAKANAN TRADISIONAL PENDUDUK TEMPATAN  

AYAM PANSUH SARAWAK

jpg5 jpg6 jpg7

Ayam pansuh sarawak merupakan satu makanan popular dalam kalangan masyarakat di Sarawak. Asalnya, pencetus utama resepi ayam pansuh ini daripada masyarakat iban. Uniknya ayam pansuh ini dimasak dalam buluh. Kaun iban di sini sentiasa menyediakan hidangan ini pada mana-mana perayaan terutamanya perayaan Hari Gawai Dayak.

 

SAYUR MIDIN

k1 k2

Sayur midin "Kemiding" merupakan salah satu daripada makanan kampung yang boleh didapati di tepi semak. "Kemiding" selalunya akan dimasak dengan sambal belacan. Namun makanan ini bukan sahaja boleh didapati di kampung, bahkan di bandar. Terdapat pelbagai cara untuk memasak sayur midin ini. Sayur midin ini merupakan makanan tradisional bagi masyarakat iban.

 

PEKASAM IKAN

I1 I2 I3 I4

Pekasam ikan atau "Kasam Ikan" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat iban. Tidak sah kalau suku kaum iban menghidang makanan tanpa pekasam ikan di sisi. Selalunya, ikan akan diperam bersam garam selama sebulan sebelum dimakan. Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk dijadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat serta ikan sultan.

 

PEKASAM ENSABI ATAU JERUK SAWI

e1 e2 e3

 

Pekasam ensabi atau jeruk sayur sawi merupakan makanan tradisonal kegemaran masyarakat iban yang merupakan sayur sawi dibuat jeruk hingga menjadikannya sebagai pekasam. Dikenali dengan nama "kasam ensabi" oleh masyarakat iban. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas dan dicampur dengan limau serta sedikit cili. Kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari hingga generasi sekarang.

 

DAUN SABUNG

jpg11 jpg32 jpg33

Daun sabung merupakan salah satu tumbuhan hutan seperti daun mendai dan sebagainya yang menjadi makanan tradisional masyarakat iban di sarawak terutamanya penduduk tempatan di meluan. Kebiasaanya daun sabung dan hasil-hasil tumbuhan hutan yang lain seperti daun mendai ini akan dijual di Pasar Tamu Pekan Julau. Dimana ianya dibuka pada setiap hari ahad setiap minggu. 

Antara resepi asli "Tradisional" daripada daun sabung ini adalah: Masakan Daun Sabung besama Salai Ikan Sungai.

 

ULAT MULONG 

jpg34 jpg35 jpg36

Ulat Mulong ini juga merupakan makanan tradisional masyarakat iban di meluan dan merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat disini. Ulat ini adalah larva daripada kumbang merah kelapa. Ulat mulong ini mempunyai beberapa khasiat asas, antaranya:

a) Merupakan sumber protein yang sangat baik

b) Sumber protein ulat mulong biasanya dijadikan bahan subsitusi pakan ternak atau juga lauk bergizi yang bebas kolesterol.

 

KUIH PENGANAN

jpog37 jpg38 jpg39

Kuih Penganan ini merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat iban di sini. Kebiasaanya kuih ini akan di diolah/dibuat apabila tibanya musim perayaan Hari Gawai. Kuih Penganan ini juga boleh dikenali sebagai Kuih Penyaram.

Kuih Penganan merupakan salah satu kuih tradisional kaum iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika Perayaan Hari Gawai. Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan  doh untuk digoreng.

  
BUAH ENGKALA

jpg40 jpg41 jpg42

Buah Engkala ini mempunyai 2 jenis yang berbeza dari segi saiz, iaitu:

a) Engkala Susu (Saiznya lebih Kecil)

b) Engkala Bulan (Saiznya lebih Besar)

Buah Engkala ini berwarna hijau apabila ianya belum masak dan berwarna merah jambu apabila masak. Buah Engkala merupakan salah satu makanan yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan di sini. Ini kerana rasanya yang sangat sedap (Manis) dan berlemak. Nama saintifik untuk Buah Engkala ini adalah Litsea Garcie.

 

UPA LALIS

jpg11 jpg12 jpg13

Upa Lalis ini merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat tempatan disini dan ianya sangat digemai oleh golongan dewasa. Selain itu ianya merupakan salah satu makanan eksotik masyarakat tempatan. Upa Lalis ini juga dikenali sebagai Umbut Rotan. Rasa upa lalis ini sangat pahit tetapi sedap dimakan. Tambahan pula ianya sangat berkhasiat. 

Upa Lalis ini dimasak melalui berbagai cara. Antaranya:

1. Bakar Upa Lalis sehingga kulitnya agak kehitaman *jangan sampai hangus*

2. Kemudian buang kulit Upa Lalis yang telah dibakar.

3. Ambil isinya yang muda dan hiris.

4. Kemudianya, gaulkan garam secukup rasa.

5. Siap.

Kebiasanya Upa Lalis ini akan dijual di Pasar Tamu Pekan Julau setiap hari Ahad. Harganya ialah RM5 untuk 3 batang upa lalis.

 

BUAH MARAM

jpg14 jpg15 jpg16

Asam paya atau Buah maram di dalam bahasa Iban merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat tempatan di sini. Struktur buah yang mirip dengan struktur buah salak ini adalah selalunya menjadi makanan idola bago golongan ibu-ibu yang mengidam. Rasa buah ini yang masam amatlah sesuai sekali dengan namanya.