KEUSAHAWANAN 2016 - 2024:

(1) PENGHASILAN KRAFTANGAN DARIPADA MANIK

(2) ANYAMAN PASU DAN TOPI DARIPADA SURATKHABAR LAMA

(3) ANYAMAN BAKUL MENGGUNAKAN TALI PVC

(4) KRAFTANGAN DARIPADA ROTAN

(5) PENGHASILAN PERAHU

(6) PENGHASILAN CORAK (UKIRAN) BERASASKAN PERAHU

(7) PENGHASILAN BOUQUET BUNGA 

(8) PEMBUATAN MAKANAN & MINUMAN

(9) PEMBUATAN PRODUK MAKANAN SENDIRI (GARAM PANDUK TRADISI)

(10) PERKHIDMATAN MENAIP SURAT

Sub-kategori

KRAFTANGAN MANIK

Kraftangan manik adalah satu produk unik di mana ia dihasilkan mengikut citarasa rekaan pembuatnya dan dinilaikan oleh penggemarnya. Dengan kesabran, ketekunan dan kehalusan satu demi satu manik diikat untuk dijadikan pelbagai produk.

Kraftangan manik yang dihasilkan oleh ibu tunggal, golongan belia dan dewasa di sekitar kami ialah "tangu" dan "keychain". Dengan ini setiap pembelian dapat membantu mereka menjana pendapatan.

Produk kraftangan manik sunguh cantik dijadikan sebagai hadiah yang bernilai kepada orang tersayang,kawan-kawan dan sebagainya. Produk kraftangan manik juga boleh tahan lama dan mudah di bersihkan.

 

ANYAMAN PASU DAN TOPI DARI SURATKHABAR LAMA

Kraftangan berasaskan suratkhabar lama ini ialah pembuatan anyaman topi dan pasu. Anyamannya sangatlah teliti dan memerlukan ketekunan serta kehalusan dalam membuatnya. Kraftangan ini juga telah diusahakan oleh ibu tunggal, golongan belia dan dewasa. Selain mengisi masa lapang, komuniti di sini membuat anyaman ini untuk dijual bagi membantu mereka menjana pendapatan seharian. Kraftangan ini boleh dijadikan sebagai perhiasan di rumah, cenderahati serta boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja.

 

ANYAMAN BAKUL MENGGUNAKAN TALI PVC

Bakul anyaman tangan diperbuat dari plastik/PVC sesuai untuk menyimpan barang mainan,pakaian dan sebagainya. Pembuatannya datang dalam pelbagai bentuk dan warna serta tahan lasak dan boleh dicuci sekiranya kotor. Kraftangan ini mapu berkembang dan seterusnya berupaya menjana pendapatan kepada pendududuk setempat. Antara produk yang menarik dengan pelbagai corak dan bentuk yang mampu dihasilkan daripada anyaman tali plastik/PVC ialah beg, bakul telur, bekan simpanan sudu dan sebagainya. Golongan yang banyak terlibat dalam pembuatan kraftangan ini ialah golongan suri rumah dan remaja.