PETA PEKAN JULAU, SARAWAK

JPG31 

PEKAN JULAU SARAWAK

 DSC03025  

 

PEKAN JULAU

Julau merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Sarikei. Daerah Julau mempunyai keluasan 1,703.39 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 15, 816 orang yang terdiri daripada kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain (Sumber Bancian 2010). Pekan Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya iaitu jaringan Lebuh Raya Pan Borneo dengan bandar lain antaranya Sarikei(66Km), Bintangor(48km), Kanowit(39km) dan Sibu(60km). 

Sejarah awal Pekan Julau, pada ketika dahulu Julau merupakan sebahagian daripada sebuah kawasan di Kanowit. Selepas Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Julau masih kekal di Bahagian Kanowit iaitu di Bahagian Ketiga, Sibu pada masa itu. Kira-kira pada tahun 1970-an, bahagian-bahagian di Negeri Sarawak telah diubah semula dan Julau diletakkan di Bahagian Keenam iaitu Bahagian Sarikei. Pada 1 April 1973, Julau telah menjadi sebuah daerah penuh yang dikenali daerah Julau.

Pengangkutan sungai masih dijadikan sebagai pengangkutan utama bagi penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pendalaman seperti penduduk tempatan yang tinggal di Hulu Kanowit untuk ke Nanga Entabai. Ia juga menerima pembangunan ekonomi dengan meningkatnya aktiviti perniagaan di sini, disebabkan kedudukan berhampiran dengan dua bandar utama iaitu Bandar Sibu dan Bandar Sarikei. Kebanyakan penduduknya mengusahakan tanaman lada hitam, getah, padi dan buah-buahan. Di samping itu, sesetengah penduduk juga melibatkan diri dalam bidang perniagaan, bekerja di sektor swasta dan sektor awam.

Daerah Julau ini sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitam. Di samping itu, apabila tiba musim buah-buahan Pekan Julau ini terkenal dengan buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis, langsat, buah dabai dan sebagainya serta sayuran hutan seperti daun sabung, daun mendai, rebung dan sebagainya.

Julau merupakan antara daerah di Sarawak yang mempunyai bilangan rumah panjang yang terbanyak iaitu terdiri daripada 150 buah rumah panjang dengan majoriti penduduk Iban dan Cina. 

Menariknya suasana Pekan Julau adalah pada setiap hari ahad.

 IMG 3717 IMG 3719 IMG 3720

 

Di mana keadaan Pekan Julau menjadi sibuk dengan ramai penduduk dari Meradong, Sarikei, Sibu, Kanowit dan Bintangor berkunjung ke pasar minggu di situ. Seminggu sekali para petani akan berkumpul memasarkan pelbagai hasil tani serta ternakan mereka sehingga mewujudkan suasana dan pemandangan yang menarik.

   IMG 20170526 173708 IMG 3714 IMG 3716 

 

 

Wakil Rakyat Julau :

                           Ahli Parlimen : P209 Julau - YB Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien 

                            ADUN             : N48 Meluan - YB Rolland Duat Anak Jubin

_____________________________________________________________________________________________________________

Daerah Julau mempunyai 47 buah sekolah yang terdiri daripada 3 buah sekolah menengah dan 44 buah sekolah rendah.

Berikut merupakan nama 3 buah Sekolah Menengah di daerah Julau:

a) SMK Julau

b) SMK Julau No.2

c) SMK Pakan

Berdasarkan kepada peta Julau, antara sekolah di dalam daerah Julau yang berada berdekatan dengan NADI Nanga Meluan ialah:

a) Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan

b) Sekolah Kebangsaan Nanga Merurun

c) Sekolah Kebangsaan Nanga Entabai

d) Sekolah Kebangsaan Nanga Kelangas

e) Sekolah Kebangsaan Nanga Luau

f) Sekolah Kebangsaan Tapang Punggu

g) Sekolah Kebangsaan Lubok Asam

h) Sekolah Kebangsaan Nanga Ensiring

i) Sekolah Kebangsaan Jambu

j) Sekolah Kebangsaan Nanga Ju.

Sebahagian sekolah yang berada berdekatan NADI Nanga Meluan ini dihubungkan dengan 2 jaringan pengangkutan yang berbeza iaitu :

a) melalui jalan darat (jalan raya)

b) melalui sungai

Senarai sekolah yang dihubungkan melalui jaringan pengangkutan jalan darat(jalan raya) ialah:

a) Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan

b) Sekolah Kebangsaan Merurun

c) Sekolah Kebangsaan Nanga Entabai

d) Sekolah Kebangsaan Nanga Kelangas

Senarai sekolah yang dihubungkan melalui jaringan pengangkutan darat dan sungai ialah:

a) Sekolah Kebangsaan Tapang Punggu

b) Sekolah Kebangsaan Lubok Asam

c) Sekolah Kebangsaan Jambu

e) Sekolah Kebangsaan Nanga Ju