KRAFTANGAN MANIK

Kraftangan manik adalah satu produk unik di mana ia dihasilkan mengikut citarasa rekaan pembuatnya dan dinilaikan oleh penggemarnya. Dengan kesabaran, ketekunan dan kehalusan satu demi satu manik diikat untuk dijadikan pelbagai produk.

Kraftangan manik yang dihasilkan oleh ibu tunggal, golongan belia dan dewasa di sekitar kami ialah "tangu" dan "keychain". Dengan ini setiap pembelian dapat membantu mereka menjana pendapatan.

Produk kraftangan manik sunguh cantik dijadikan sebagai hadiah yang bernilai kepada orang tersayang,kawan-kawan dan sebagainya. Produk kraftangan manik juga boleh tahan lama dan mudah di bersihkan.

ANYAMAN PASU DAN TOPI DARI SURATKHABAR LAMA

Kraftangan berasaskan suratkhabar lama ini ialah pembuatan anyaman topi dan pasu. Anyamannya sangatlah teliti dan memerlukan ketekunan serta kehalusan dalam membuatnya. Kraftangan ini juga telah diusahakan oleh ibu tunggal, golongan belia dan dewasa. Selain mengisi masa lapang, komuniti di sini membuat anyaman ini untuk dijual bagi membantu mereka menjana pendapatan seharian. Kraftangan ini boleh dijadikan sebagai perhiasan di rumah, cenderahati serta boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja.

ANYAMAN BAKUL MENGGUNAKAN TALI PVC

Bakul anyaman tangan diperbuat dari plastik/PVC sesuai untuk menyimpan barang mainan,pakaian dan sebagainya. Pembuatannya datang dalam pelbagai bentuk dan warna serta tahan lasak dan boleh dicuci sekiranya kotor. Kraftangan ini mapu berkembang dan seterusnya berupaya menjana pendapatan kepada penduduk setempat. Antara produk yang menarik dengan pelbagai corak dan bentuk yang mampu dihasilkan daripada anyaman tali plastik/PVC ialah beg, bakul telur, bekan simpanan sudu dan sebagainya. Golongan yang banyak terlibat dalam pembuatan kraftangan ini ialah golongan suri rumah dan remaja.

 KRAFTANGAN DARIPADA ROTAN

"ANYAMAN BAKUL"RAGA", ANYAMAN TIKAR"TIKAI" DAN "CAPAN"

Anyaman yang diperbuat daripada rotan ini sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan barangan keperluan asas seperti bakul, tikar dan sebagainya yang sering digunakan oleh masyarakat tempatan. Khususnya masyarakat yang berada di sekitar kawasan Meluan yang terdiri daripada golongan pertani. Disebabkan kos yang digunakan untuk membeli perkakas kegunaan seperti bakul dan lain-lain lagi yang tinggi. Mendorong masyarakat tempatan untuk menghasilkan barangan keperluan asas menggunakan hasil kraftangan sendiri.

Kraftangan ini mampu berkembang dan seterusnya berupaya untuk menjana pendapatan kepada penduduk setempat. Prodak kraftangan yang dihasilkan melalui rotan juga tahan lama. Selain ianya boleh dijadikan sebagai perhiasan rumah, cenderahati serta boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja

PENGHASILAN PERAHU

Teknik atau kemahiran penduduk tempatan menghasilkan perahu juga adalah salah satu produk kreatif yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Produk unik ini dihasilkan mengikut citarasa rekaan pembuatnya dan dinilai oleh penggemarnya. Kejayaan penghasilan perahu ini adalah berpunca daripada kesabaran, ketekunan dan kehalusan. Disamping itu, hasil kraftangan ini mampu berkembang dan seterusnya berupaya menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

 PENGHASILAN CORAK (UKIRAN) BERASASKAN KAYU

Penghasilan corak (ukiran) berasaskan kayu adalah salah satu seni ukiran yang sangat diminati oleh setiap golongan masyarakat iban tempatan. Penghasilan corak ukiran ini kebanyakan digunakan untuk memperkenalkan teknik dan seni ukiran iban, contohnya "Ukiran Simpai". Prosses penghasilan ukiran ini memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam penghasilanya. Kreativiti ini mampu untuk terus berkembang dan seterusnya berupaya menjana pendapatan kepada penduduk tempatan.