PELANCONGAN

(1) AIR TERJUN NANGA DONG

INFO BERKAITAN DENGAN AIR TERJUN NANGA DONG:

Air Terjun Nanga Dong terletak berhampiran Rumah Panjang (Tuai Rumah Liban, Nanga Dong). Seperti kebiasaan, kawasan air Terjun Nanga Dong ini akan dipenuhi oleh ramai pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pengunjung dari luar (contohnya: kawasan bandar seperti Sibu, Sarikei, Kuching, Bintulu, Miri dan sebagainya).

Antara tarikan utama kawasan Air Terjun Nanga Dong ini adalah:

- Pemandangannya yang cantik (ini kerana sekitar kawasan Air Terjun ini dikelilingi oleh tumbuhan flora dan fauna alam semulajadi)

- Airnya yang sangat jernih

- Sesuai untuk aktiviti riadah bersama-sama ahli keluarga.

- Kawasan yang sangat bersih 

 jpg10 284604 202267723162069 3193638 n 293165 205702496151925 5834016 n

(2) SANKTUARI HIDUPAN LIAR LANJAK ENTIMAU

L1

Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau ini merupakan salah satu kawasan tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara. Ini kerana keindahan flora dan faunanya yang sangat memukau.

Maklumat Am Berkaitan dengan Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau:

Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau (LEWS) merangkumi kawasan hutan dara seluas 193,300 hektar yang terletak di Daerah Julau, Lubok Antu, Kanowit dan Song. Ia merupakan kawasan terlindung sepenuhnya yang terbesar di Sarawak. Kawasan Sanktuari ini dulitupi oleh 8 jenis hutan utama iaitu dari kawasan tanah rendah dipterokap sehingga ke hutan pergunungan di kawasan Puncak Bukit Lanjak Entimau pada ketinggian 1300meter atas paras laut.

Hidupan Liar utama yang mendiami Sanktuari ini adalah sub-spesis orang utan Borneo Barat iaitu Pango Pygmaeus yang dianggarkan berjumlah 1500 ekor. Lebih daripada 120 buah rumah panjang kaum iban dengan anggaran populasi seramai 12,000 penduduk yang tinggal bertaburan di daerah-daerah ini dan kebanyakannya tinggal berdekatan dengan Sanktuari. Kehidupan masyarakat Iban amnya, amat berkait rapat dengan hutan dan masih ramai penduduk yang tinggal di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Lanjak Entimau khususnya masih bergantung kepada hasil-hasil hutan seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk menyara kehidupan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah memberi hak keisitmewaan kepada penduduk-penduduk ini untuk memburu dan memungut hasil hutan untuk kegunaan demostik sahaja di dalam kawasan yang telah diperuntukan di dalam Sanktuari.

 

TEMPAT BERSEJARAH

kububrooke1

(1) KUBU BROOKE:

          Di Sarawak, Kubu Brooke merupakan salah satu sebuah kubu yang telah didirikan sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu dan Pulau Borneo. Kubu Brooke ini dibina semasa era Pemerintahan Keluarga Brooke di Nanga Meluan pada tahun 1935 dan telah siap dengan sepenuhnya setelah 2 tahun selepas itu, iaitu dalam tahun 1938. Kubu ini dibina selepas kematian James Brooke iaitu Rajah Sarawak yang pertama memerintah Borneo selama 22 tahun dari tahun 1863.

             Kubu Brooke terletak kira-kira 26 kilometer dari Pekan Julau dan mengambil masa 30 hingga 35 minit perjalanan. Kubu ini telah disenaraikan dalam gazet Sarawak pada tahun 2008 di bawah Ordinan Warisan dan Kebudayaan Negeri Sarawak 1993. Kubu Brooke ini juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan di kawasan ini. 

             Kubu Brooke ini didirikan untuk menumpaskan serangan sumpitan hero tempatan bernama Asun yang membantah pentadbiran Brooke di Nanga Meluan pada ketika itu. Ia dibina daripada buluh dan berbumbungkan kayu.