USAHAWAN KECIL (BARANGAN KRAFTANGAN TEMPATAN)
Nama : Jenny Anak Dakun
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2013
Latar Belakang
Puan Jenny Anak Dakun merupakan usahawan kecil barang-barangan kraftangan di kawasan meluan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Puan Jenny merupakan usahawan kecil barang kraftangan. Kebiasaannya beliau cuma menjual hasil kraftangan di sekitar kawasan rumah panjang beliau sahaja. Beliau hanya mengiklankan barang jualan melalui risalah biasa dan melalui saudara mara terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI, beliau telah mempelajari teknik pemasaran yang terkini iaitu melalui pemasaran / pengiklanan atas talian. Terdapat banyak medium pemasaran / pengiklanan yang dipelajari oleh beliau antaranya melalui media sosial (spt:facebook, whatapps dan lain-lain lagi). Hasil dari latihan keusahawanan ini beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian.
Walaupun beliau telah menguasai serba sedikit ilmu pengetahuan ICT, Puan Jenny tetap berkunjung ke NADI Nanga Meluan dan menyertai program-program yang dilaksanakan oleh NADI. Beliau dapat meningkatkan lagi taraf penguasaan ICT beliau.