CELIK ICT - CLAIRY DEXTER ANAK GHANI
Nama : Clairy Dexter Anak Ghani
Umur : 9 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Adik Clairy merupakan pelajar Tahun 3 dari SK Nanga Meluan dan berasal dari Rh Nyambong, Meluan Jalan Entabai, 96600 Julau. Adik Caliry mula mengikuti Kelas Asas ICT dari Tahun 2. Beliau aktif menghadiri kelas ini pada hujung minggu kerana ingin mempelajari ilmu mengenai penggunaan komputer disamping mendapat dorongan dari ibu bapa, kakak dan rakan sebayanya yang juga turut menyertai kelas asas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas asas ICT, tahap penguasaan komputer Adik Clairy agak kurang.Tambahan lagi, beliau kurang faham mengenai cara penggunaan internet dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Kelas Asas ICT, Clairy mula memahami istilah komputer dan juga perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Di dalam kelas Asas ICT, beliau telah mempelajari asas-asas komputer. Beliau juga menjadi aktif di dalam kelas dan seringkali bertanya soalan mengenai pembelajaran ICT. Beliau juga semakin rajin dan berminat untuk datang mengikuti kelas Asas ICT,Advokasi KDB dan juga aktiviti STEM/IoT pada hujung minggu.
CELIK ICT - AMANDA GWENE
Nama : Amanda Gwene
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Adik Amanda merupakan pelajar Tahun 6 dari SK Nanga Meluan dan berasal dari Rh Nyambong, Meluan Jalan Entabai, 96600 Julau. Adik Amanda mula mengikuti Kelas Asas ICT dari Tahun 4. Beliau aktif menghadiri kelas ini pada hujung minggu kerana ingin mempelajari ilmu mengenai penggunaan komputer disamping mendapat dorongan dari rakan sebayanya yang juga turut menyertai kelas asas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas asas ICT, tahap penguasaan komputer Adik Amanda agak kurang.Tambahan lagi, beliau kurang faham mengenai cara penggunaan internet dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Kelas Asas ICT, Amanda mula memahami istilah komputer dan juga perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Di dalam kelas Asas ICT, beliau telah mempelajari asas-asas komputer. Beliau juga menjadi aktif di dalam kelas dan seringkali bertanya soalan mengenai pembelajaran ICT. Beliau juga semakin rajin dan berminat untuk datang mengikuti kelas Asas ICT,Advokasi KDB dan juga aktiviti STEM/IoT pada hujung minggu.
BELAJAR MICROSOFT OFFICE, INTERNET, ASAS-ASAS KOMPUTER DAN MENAIP
Nama : Sophia Umang Anak Entering
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Adik Sophia Umang merupakan salah seorang pelajar cemerlang di Sk Nanga Meluan. Beliau memperolehi keputusan Ujian UPSR (2017) - 5A, 1B
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Adik Sophia Umang mengaku bahawa memperlajari asas-asas komputer di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Nanga Meluan. Beliau tidak pandai menggunakan komputer. Apatah lagi menggunakan Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan diri di PEDi Nanga Meluan, adik Sophia Umang telah mempelajari asas-asas komputer, microsoft office, menaip dan sebagainya. Hasilnya kini, adik Sophia Umang telah menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Selain itu, adik Sophia Umang juga telah pandai menaip menggunakan Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel "Basic" dan Microsoft Publisher.
CELIK ICT - KENNETH MAXILIUS
Nama: Kenneth Maxilius
Umur: 15 tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Adik Kenneth merupakan pelajar Tingkatan 3 dari SMK Julau dan berasal dari Rumah Lawas, Simpang Meluan Jalan Entabai, 96600 Julau. Adik Kenneth mula mengikuti Kelas Asas ICT dari Tingkatan 1. Beliau aktif menghadiri kelas ini pada hujung minggu kerana ingin mempelajari ilmu mengenai penggunaan komputer disamping mendapat dorongan dari rakan sebayanya yang juga turut menyertai kelas asas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas asas ICT, tahap penguasaan komputer Adik Kenneth agak kurang.Tambahan lagi, beliau kurang faham mengenai cara penggunaan internet dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Kelas Asas ICT, Kenneth mula memahami istilah komputer dan juga perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Di dalam kelas Asas ICT, beliau telah mempelajari asas-asas komputer. Beliau juga menjadi aktif di dalam kelas dan seringkali bertanya soalan mengenai pembelajaran ICT. Beliau juga semakin rajin dan berminat untuk datang mengikuti kelas Asas ICT dan juga aktiviti Advokasi KDB pada hujung minggu.
USAHAWAN DESA (KEDAI RUNCIT)
Nama : Dimas Anak Krai
Umur : 41 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Kedai Runcit Puan Dimas Anak Krai ini mula ditubuhkan pada 2016. Penubuhan kedai runcit ini adalah untuk membekalkan barang-barang keperluan asas untuk penduduk tempatan. Selain itu, dengan wujudnya kedai beliau ini, ianya sedikit sebanyak telah memudahkan penduduk tempatan disini untuk mendapatkan barang keperluan mereka. Sehubungan itu, penduduk tempatan juga boleh memasarkan hasil tanaman mereka disini.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Beliau sukar mempromosikan barang-barang jualan kepada penduduk tempatan yang lain. Selain itu hasil jualan beliau masih kurang memuaskan dan pelanggan beliau masih berkurangan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas penglibatan PEDi dan penggunaan ICT, beliau kini telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan beliau melalui atas talian. Kejayaan beliau ini adalah hasil daripada usaha beliau mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi. Beliau juga boleh mengembangkan lagi perniagaan beliau. Ini terbukti dimana pelanggan beliau semakin meningkat dan tidak terhad kepada penduduk tempatan sahaja.
Beliau pula selalu menyertai program yang dilaksanakan oleh PEDi. Antara program yang beliau sertai adalah Program Hari Dashboard PEDi dan lain-lain lagi. Beliau sering melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti PEDi disamping menghadiri latihan yang diberikan adalah untuk meningkatkan pengetahuan beliau berkaitan ICT.