USAHAWAN DESA (KEDAI RUNCIT)
Nama : Dimas Anak Krai
Umur : 41 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Kedai Runcit Puan Dimas Anak Krai ini mula ditubuhkan pada 2016. Penubuhan kedai runcit ini adalah untuk membekalkan barang-barang keperluan asas untuk penduduk tempatan. Selain itu, dengan wujudnya kedai beliau ini, ianya sedikit sebanyak telah memudahkan penduduk tempatan disini untuk mendapatkan barang keperluan mereka. Sehubungan itu, penduduk tempatan juga boleh memasarkan hasil tanaman mereka disini.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Beliau sukar mempromosikan barang-barang jualan kepada penduduk tempatan yang lain. Selain itu hasil jualan beliau masih kurang memuaskan dan pelanggan beliau masih berkurangan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas penglibatan PEDi dan penggunaan ICT, beliau kini telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan beliau melalui atas talian. Kejayaan beliau ini adalah hasil daripada usaha beliau mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi. Beliau juga boleh mengembangkan lagi perniagaan beliau. Ini terbukti dimana pelanggan beliau semakin meningkat dan tidak terhad kepada penduduk tempatan sahaja.
Beliau pula selalu menyertai program yang dilaksanakan oleh PEDi. Antara program yang beliau sertai adalah Program Hari Dashboard PEDi dan lain-lain lagi. Beliau sering melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti PEDi disamping menghadiri latihan yang diberikan adalah untuk meningkatkan pengetahuan beliau berkaitan ICT.