CELIK ICT - AMANDA GWENE
Nama : Amanda Gwene
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Adik Amanda merupakan pelajar Tahun 6 dari SK Nanga Meluan dan berasal dari Rh Nyambong, Meluan Jalan Entabai, 96600 Julau. Adik Amanda mula mengikuti Kelas Asas ICT dari Tahun 4. Beliau aktif menghadiri kelas ini pada hujung minggu kerana ingin mempelajari ilmu mengenai penggunaan komputer disamping mendapat dorongan dari rakan sebayanya yang juga turut menyertai kelas asas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas asas ICT, tahap penguasaan komputer Adik Amanda agak kurang.Tambahan lagi, beliau kurang faham mengenai cara penggunaan internet dengan betul.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas menyertai Kelas Asas ICT, Amanda mula memahami istilah komputer dan juga perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Di dalam kelas Asas ICT, beliau telah mempelajari asas-asas komputer. Beliau juga menjadi aktif di dalam kelas dan seringkali bertanya soalan mengenai pembelajaran ICT. Beliau juga semakin rajin dan berminat untuk datang mengikuti kelas Asas ICT,Advokasi KDB dan juga aktiviti STEM/IoT pada hujung minggu.