USAHAWAN (PRODUK : BARANGAN KRAFTANGAN "BERASASKAN MANIK")
Nama : Christina Anak Jalak
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
Puan Christina telah membuat rantai manik sejak setahun yang lepas. Pada mulanya ia hanyalah sekadar hobi beliau sahaja untuk memenuhi masa lapang. Namun, rantai manik beliau mula mendapat sambutan apabila ada sekumpulan pelancong dari luar negara melawat ke rumah panjang mereka pada tahun lepas dan tertarik dengan rantai buatan beliau kerana ianya unik. Para pelancong tersebut terus membeli rantai buatan beliau dengan kuantiti yang sangat banyak.
Merasakan rantai manik beliau berpotensi untuk dipasarkan, Tuai Rumah mereka mengalakan Puan Christina untuk membuat rantai manik beliau dengan lebih banyak lagi untuk dijual kepada pelawat atau pelancong yang datang melawat ke rumah mereka.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum terlibat dengan PEDi dan sebelum petugas PEDi membantu beliau mempromosikan barangan beliau, pendapatan beliau hanya sederhana sahaja dan kuran memuaskan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Beliau telah menyedari kaedah pemasaran semasa. Selain itu, semasa mengikuti Latihan Keusahawanan beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan beliau diatas talian dan menggunakan media sosial. Selain daripada media sosial sahaja, PEDi juga membantu beliau untuk mempromosikan barang jualan beliau. Hasilnya kini, pendapatan beliau telah meningkat.
BELAJAR MENAIP
Nama : Rianna Rachycie Anak Entering
Umur : 10 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Adik Rianna Rachycie merupakan murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum terlibat dengan PEDi, beliau tidak tahu mengenai komputer. Terutama sekali jenis-jenis komponen komputer dan fungsi setiap komponen tersebut.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan microsoft office yang dibimbing oleh PEDi Nanga Meluan, beliau kini telah dapat menguasai microsoft office dengan baik. Selain itu, asas-asas komputer (setiap komponen dan fungsinya). Beliau juga boleh menaip, membuat grafik, membuat kad ucapan dan sebagainya.
USAHAWAN DESA (GERAI MAKANAN)
Nama : Maureen Anak Pae
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang
Puan Maureen Anak Pae merupakan usahawan desa yang menjual makanan di kawasan meluan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Puan Maureen mengalami kesukaran untuk mempromosi dan mengiklankan gerai makanan beliau. Keadaan ini dapat dibuktikan oleh beliau sendiri dimana hasil jualan masih berkurangan dan kurang memusakan. Selain itu, pelanggan beliau adalah sangat terhad dimana pelanggan beliau terdiri daripada penduduk tempatan di sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Beliau sedar akan kaedah pengiklanan / mempromosi semasa. Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Nanga Meluan, beliau telah mempelajarai teknik pengiklanan / promosi melalui atas talian. Hasil dari latihan ini, beliau mampu menghasilkan iklan melalui media dan diatas talian.
Puan Maureen selalu berkunjung ke PEDi Nanga Meluan bukan sahaja untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi penggunaan ICT. Malah beliau selalu menyertai aktiviti yang dilaksanakan oleh PEDi Nanga Meluan.
USAHAWAN KECIL (BARANGAN KRAFTANGAN TEMPATAN)
Nama : Jenny Anak Dakun
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2013
Latar Belakang
Puan Jenny Anak Dakun merupakan usahawan kecil barang-barangan kraftangan di kawasan meluan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan NADI
Puan Jenny merupakan usahawan kecil barang kraftangan. Kebiasaannya beliau cuma menjual hasil kraftangan di sekitar kawasan rumah panjang beliau sahaja. Beliau hanya mengiklankan barang jualan melalui risalah biasa dan melalui saudara mara terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Melalui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI, beliau telah mempelajari teknik pemasaran yang terkini iaitu melalui pemasaran / pengiklanan atas talian. Terdapat banyak medium pemasaran / pengiklanan yang dipelajari oleh beliau antaranya melalui media sosial (spt:facebook, whatapps dan lain-lain lagi). Hasil dari latihan keusahawanan ini beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian.
Walaupun beliau telah menguasai serba sedikit ilmu pengetahuan ICT, Puan Jenny tetap berkunjung ke NADI Nanga Meluan dan menyertai program-program yang dilaksanakan oleh NADI. Beliau dapat meningkatkan lagi taraf penguasaan ICT beliau.
BELAJAR INTERNET & MENAIP
Nama : Abednego Tan Bun Liang
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Abednego Tan Bun Liang merupakan pelajar lepasan Siji Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau bercita-cita ingin menjadi pereka fesyen suatu hari nanti.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan ICT, beliau tidak mempunyai email dan juga apa-apa aplikasi media sosial. Sebab itu beliau tidak mempunyai telefon bimbit yang canggih seperti rakan-rakan yang lain.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas Asas Komputer yang sering dihadiri oleh beliau dan juga menghadiri Bengkel Intel (Learn Easy Stpes) di PEDi Nanga Meluan. Beliau sudah ada email sendiri, facebook dan lain-lain lagi. Selain itu juga, kemahiran menaip beliau juga meningkat. Beliau berasa sangat gembira, kini beliau tidak lagi ketinggalan terutama sekali dalam bidang ICT. Beliau juga dapat mempratikan kemahiran yang diperoleh beliau dalam kehidupan seharian beliau.