USAHAWAN (PRODUK : BARANGAN KRAFTANGAN "BERASASKAN MANIK")
Nama : Christina Anak Jalak
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
Puan Christina telah membuat rantai manik sejak setahun yang lepas. Pada mulanya ia hanyalah sekadar hobi beliau sahaja untuk memenuhi masa lapang. Namun, rantai manik beliau mula mendapat sambutan apabila ada sekumpulan pelancong dari luar negara melawat ke rumah panjang mereka pada tahun lepas dan tertarik dengan rantai buatan beliau kerana ianya unik. Para pelancong tersebut terus membeli rantai buatan beliau dengan kuantiti yang sangat banyak.
Merasakan rantai manik beliau berpotensi untuk dipasarkan, Tuai Rumah mereka mengalakan Puan Christina untuk membuat rantai manik beliau dengan lebih banyak lagi untuk dijual kepada pelawat atau pelancong yang datang melawat ke rumah mereka.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum terlibat dengan PEDi dan sebelum petugas PEDi membantu beliau mempromosikan barangan beliau, pendapatan beliau hanya sederhana sahaja dan kuran memuaskan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Beliau telah menyedari kaedah pemasaran semasa. Selain itu, semasa mengikuti Latihan Keusahawanan beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan beliau diatas talian dan menggunakan media sosial. Selain daripada media sosial sahaja, PEDi juga membantu beliau untuk mempromosikan barang jualan beliau. Hasilnya kini, pendapatan beliau telah meningkat.