BELAJAR INTERNET & MENAIP
Nama : Abednego Tan Bun Liang
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Abednego Tan Bun Liang merupakan pelajar lepasan Siji Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau bercita-cita ingin menjadi pereka fesyen suatu hari nanti.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan ICT, beliau tidak mempunyai email dan juga apa-apa aplikasi media sosial. Sebab itu beliau tidak mempunyai telefon bimbit yang canggih seperti rakan-rakan yang lain.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas Asas Komputer yang sering dihadiri oleh beliau dan juga menghadiri Bengkel Intel (Learn Easy Stpes) di PEDi Nanga Meluan. Beliau sudah ada email sendiri, facebook dan lain-lain lagi. Selain itu juga, kemahiran menaip beliau juga meningkat. Beliau berasa sangat gembira, kini beliau tidak lagi ketinggalan terutama sekali dalam bidang ICT. Beliau juga dapat mempratikan kemahiran yang diperoleh beliau dalam kehidupan seharian beliau.