USAHAWAN DESA

(PRODUK : MAKANAN KERING "KEREPEK UBI & PISANG" DAN MAKANAN BASAH "NASI LEMAK DAN KUIH MUIH")

Nama : Biti Anak Ngong

Umur : 39 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Puan Biti mula berniaga pada tahun 2016. Antara barang yang dijual oleh beliau ialah kerepek pisang(Jualan Utama), sayur-sayuran kampung dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Puan Biti mengalamai kekangan untuk mempromosikan produk jualan beliau. Selain itu, hasil jualan beliau pun masih berkurangan dan kurang memuaskan. Pelanggan beliau sangat terhad dimana pelanggan beliau hanya penduduk rumah panjang beliau sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi

Beliau telah mengikut Latihan Keusahawanan yang dilaksanakan oleh PEDi Nanga Meluan. Melalui latihan ini beliau telah mempelajari teknik untuk mempromosikan barang jualan menggunakan media sosial. Hasil dari latihan ini beliau mampu menghasilkan iklan / promosi barang-barang jualan beliau menggunakan aplikasi media sosial (spt: facebook, whatapps dan sebagainya).

Beliau juga sentiasa mengikuti setiap aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seperti Latihan Bengkel Intel Easy Steps. Dimana ianya dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam ICT disamping dapat membantu dalam meningkatkan perniagaan beliau nanti.

 IMG 5718