USAHAWAN (PRODUK : BERASASKAN BARANG KRAFTANGAN "BAKUL DAN BEG ANYAMAN")
Nama : Rancang Anak Nyareng
Umur : 66 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Puan Rancang mula membuat bakul dan beg berasaskan tali PVC sejak setahun yang lepas. Beliau mula-mulanya membuat bakul ini untuk kegunaan sendiri sahaja dan juga sebagai hobi. Namun hasil bakul dan beg beliau pula mendapat minat dihati penduduk rumah panjang beliau. Ini kerana rupanya yang unik dan cantik. Ramai penduduk yang hendak membeli bakul dan beg buatan beliau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Puan Rancang merupakan usahawan kecil yang menjual hasil kraftangan (produk bakul dan beg anyaman). Kebiasannya beliau hanya menjual hasil kraftangan kepada penduduk tempatan di sekitar rumah panjang beliau sahaja. Selain itu, beliau tidak tahu bagaimana hendak mempromosikan barang jualan. Hasil jualan juga masih kurang.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PEDi
Selepas beg dan bakul anyaman Puan Rancang ini dipromosikan di PEDi, sambutan terhadap produk beliau amat menggalakan. Pendapatan daripada hasil jualan barang-barangan juga banyak meningkat daripada sebelumnya. Beliau juga mempelajari cara mempromosikan hasil jualan menggunakan media sosial
.