Tarikh : 8 Oktober 2017
Masa : 2:30 Petang – 4:30 Petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 6 orang
Tujuan
Kelas Komputer pada hari ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar. Tujuan utama kelas komputer ini diadakan adalah untuk menggalakan pelajar menceburkan diri dalam bidang ICT. Selain itu, melalui kelas komputer begini ianya dapat mengembangkan kompetensi pelajar dalam menggunakan teknologi untuk mendukung kegiatan belajar dan berbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Disamping itu pelajar juga dapat menguasai kemahiran IT dengan baik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah berkongsi pengalaman, cerita dan maklumat berkaitan pembelajaran menggunakan Aplikasi Dashboard My Komuniti, belajar Microsoft Office (Microsoft Word - Menaip teks ringkas dan mencipta jadual waktu belajar kendiri) dan menyelesaikan Word Search Klik denga Bijak.
Tarikh : 13 September 2017
Masa : 8:00 Pagi – 10:30 Pagi
Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Julau
Peserta : 792 orang
Tujuan
Program Kuiz KDB dan Kenegaraan ini telah dihadiri oleh 792 orang. Program Kuiz KDB dan Kenegaraan ini diadakan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2017. Disamping itu program ini dapat memupuk semangat patriotism dan kesetiaan kepada negara di kalangan pelajar. Sehubungan itu, program ini telah memberi impak positif di kalangan pelajar dimana ianya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan adalah Taklimat Asas berkaitan dengan KDB dan Kenegaraan dan Kuiz KDB dan Kenegaraan.
Tarikh : 8.08.2017
Masa : 9:00 Pagi – 5:00 Petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Bengkel ini telah dihadiri oleh 4 orang yang terdiri daripada masyarakat setempat yang sedang berkhidmat dengan Sektor Swasta. Mereka meluangkan masa untuk menyertai program ini kerana objektif program ini banyak memberikan manfaat kepada mereka.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menggalakan masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Aktivti
Para peserta diajar mengenai asas keusahwanan berdasasrkan modul yang diberikan di dalam intel E-Basic Keusahawanan. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Latihan dijalankan mengikut buku panduan peserta. Peserta membuat satu pembentangan bagi latihan dalam buku panduan.
Tarikh : 23 September 2017
Masa : Sesi 1 (9:00 pagi - 12:00 tengahari) Sesi 2 (2:00 petang - 4:30 petang)
Lokasi : PEDI Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar. Kelas komputer pada hari ini dibahagi kepada 2 sesi iaitu Pukul 9:00 Pagi sehingga 12:00 Tengah hari (Sesi 1) dan Pukul 2:00 Petang – 4:30 Petang (Sesi 2). Tujuan kelas komputer diadakan adalah untuk menggalakan para pelajar menceburkan diri dalam bidang teknologi. Disamping mengembangkan kompetensi pelajar dalam menggunakan teknologi untuk mendukung kegiatan belajar dan berbagai aktiviti dalam kehidupan seharian
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas komputer pada hari ini, adalah Sesi Pagi: Mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Excel - Belajar untuk mencipta jadual (alamat dan jadual waktu belajar kendiri), Dashboard My Komuniti - Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan melalui aplikasi dashboard My Komuniti dan mempratikan cara menggunakan aplikasi dashboard my soal dan Aktiviti Santai (Menyelesaikan Permainan Game Word Search). Sesi Petang: Mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Excel - Mencipta jadual menggunakan perisian Microsoft Excel berpandukan contoh yang diberikan dan Dashboard My Komuniti - Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan menggunaka aplikasi dashboard My Komuniti.