Tarikh : 8 Oktober 2017
Masa : 2:30 Petang – 4:30 Petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 6 orang
Tujuan
Kelas Komputer pada hari ini telah dihadiri oleh 6 orang pelajar. Tujuan utama kelas komputer ini diadakan adalah untuk menggalakan pelajar menceburkan diri dalam bidang ICT. Selain itu, melalui kelas komputer begini ianya dapat mengembangkan kompetensi pelajar dalam menggunakan teknologi untuk mendukung kegiatan belajar dan berbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Disamping itu pelajar juga dapat menguasai kemahiran IT dengan baik.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah berkongsi pengalaman, cerita dan maklumat berkaitan pembelajaran menggunakan Aplikasi Dashboard My Komuniti, belajar Microsoft Office (Microsoft Word - Menaip teks ringkas dan mencipta jadual waktu belajar kendiri) dan menyelesaikan Word Search Klik denga Bijak.