Tarikh : 11 Januari 2018
Masa : 9:00 pagi - 4:30 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 12 orang
Tujuan
Bengkel Asas ICT ini telah dihadiri oleh 12 orang peserta. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan kemahiran kecelikan teknologi yang melibatkan kebolehan mengumpul, menyusun dan berkongsi maklumat. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan pengalaman langsung dan meneroka dan mengetahui aplikasi asas komputer.
Aktivti
Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini dijalankan adalah Ceramah Klik Dengan Bijak (Mobile E-Waste), penyelesaian tugas Word Search Klik Dengan Bijak, Memperkenalkan Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (mengenalpasti setiap komponen-komponen dan fungsi-fungsinya disamping mengenalpasti fungsi asas Email), Mencipta Email Sendiri, Ceramah Klik Dengan Bijak (Teknologi & Anda), penyelesaian tugasan crossword Klik Dengan Bijak, dan menggunakan Apliksai Dashboard Komuniti (MyKomuniti & My Shop).
Tarikh : 22 Disember 2017
Masa : 11:00 pagi sehingga 4:30 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 14 orang (AJK PEDi Nanga Meluan)
Tujuan
Jamuan (Pra Kristmas) bersama AJK PEDi Nanga Meluan ini telah dihadiri oleh 12 orang AJK. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Petugas PEDi dengan ahli-ahli AJK PEDi Nanga Meluan. Disamping itu, program ini juga dapat melahirkan kerjasama yang baik diantara kedua-dua pihak untuk memastikan PEDi Nanga Meluan sentiasa dijaga dengan baik.
Aktivti
Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program ini adalah Ceramah Klik dengan Bijak (Mobile E-Waste &Teknolongi dan Anda), Kuiz KDB, Word Search KDB, Crossword Puzzle KDB dan Game KDB.
Tarikh : 6 Disember 2017 sehingga 8 Disember 2017
Masa : 9:00 Pagi - 4:30 Petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Nanga Meluan telah mengadakan Program Cuti Sekolah bermula pada 6 Disember 2017 sehingga 8 Disember 2017. Program ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memaanfatkan masa cuti sekolah murid-murid ke arah perkara yang berfaedah dan memantapkan ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam subjek teras(Bahasa Inggeris, Matematik dan Science) yang penting khususnya semasa memasuki ke tingkatan 1 nanti. Rasional Program Cuti Sekolah ini dilaksanakan adalah sebagai langkah persediaan dari segi mental dan fizilkal dalam memantapkan ilmu pengetahuan bagi menghadapi alam persekolahan tingkatan 1 yang bakal tiba tidak lama lagi.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa Program Cuti Sekolah ini dijalankan adalah:
1. Berkongsi pengalaman semasa mengikuti program dan maklumat penting berkaitan pembelajaran menggunakan aplikasi dashboard.
2. Kelas Bahasa Inggeris
3. Kelas Mathematics
4. Kelas Science
Tarikh : 15 Diesember 2017
Masa : 9:30 pagi - 11:30 pagi
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : AJK Kebersihan dan Kecerian PEDi Nanga Meluan
Tujuan
PEDi Nanga Meluan telah mengadakan Program Gotong-Royong. Program ini telah dihadiri oleh AJK Kebersihan dan AJK Kecerian PEDi Nanga Meluan. Program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kebersihan dan kecerian PEDi Nanga Meluan sentiasa dijaga dan kawasan sekitarnya sentiasa tepelihara. Disamping itu, melalui program ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama diantara ahli-ahli AJK dan Petugas.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan persekitaran PEDi Nanga Meluan dan menambahkan kecerian di dalam dan diluar PEDi Nanga Meluan.
Tarikh : 25 November 2017
Masa : 8:30 pagi – 12:00 tengah hari
Lokasi : Rumah James Jimmy, Ulu Lasi
Peserta : 20 orang (dewasa + Kanak-Kanak)
Tujuan
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan masyarakat. Selain itu program ini juga dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakan penyertaan masyarakat.
Aktiviti
1. Kuiz KDB
2. Pertandingan mewarna KDB (Kategori Kanak-kanak dan Dewasa)
3. Taklimat ringkas berkaitan dengan KDB
4. Sukaneka KDB