Tarikh : 16 Oktober 2017
Masa : 9:00 Pagi – 5:00 Petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 10 orang (Kumpulan A)
Tujuan
Program Cuti Sekolah pada hari ini (16 Oktober 2017) telah dihadiri oleh 10 orang pelajar. Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan khas untuk pelajar-pelajar sekolah semasa cuti.Tujuan utama Program Cuti Sekolah adalah mengisi masa lapang para pelajar supaya tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah, mengasah daya kreativiti di kalangan pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berkumpulan, mewujudkan proses pembangunan sahsilah dan peribadi yang mantap di kalangan pelajar, menggalakan para pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang ICT dikalangan pelajar dan meningkatkan semangat kerjasama dikalangan pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menaip teks yang dilaksanakan dengan betul, menggunakan Aplikasi Dashboard, Ceramah, Word Search dan Kuiz Klik dengan Bijak dan Pertandingan Mewarna.