Tarikh    :       17 November 2017

Masa      :       8:15 Pagi sehingga 5:00 Petang

Lokasi    :      PEDi Nanga Meluan

Peserta  :       40 pelajar + 1 Guru Pengiring

IMG 6527

 

Tujuan 

Program Asas ICT (E-Learning) telah dihadiri oleh 40 orang peserta. Kesemua peserta yang terlibat merupakan pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nanga Meluan. Program Asas ICT (E-Learning) ini merupakan salah satu Program Asas yang dijalankan setiap tahun. Program ini mula dilaksanakan pada hujung tahun 2016. Dimana program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pihak sekolah, dimana program ini haruslah dilaksanakan dan diteruskan untuk tahun yang akan datang. Tujuan utama Program Asas ICT (E-Learning) ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan penggunanan E-Learning sebagai salah satu medium penting dalam pembelajaran seharian pelajar Tahun 6 sebelum melangkah masuk ke Sekolah Menengah nanti. Disamping memacu kejayaan selaras dengan Dasar pendidikan 21st Century Learning. Objektif program adalah menyemai dan menggalakan Budaya E-Learning di kalangan pelajar, memantapkan Sistem E-Learning yang efektif, berkesan dan mesra pengguna, mempromosikan PEDi Nanga Meluan kepada pelajar-pelajar, menerapkan unsur-unsur positif dalam penggunaan internet seharian dan mewujudkan pemuafakatan antara petugas dengan guru dan pelajar.

 

Aktiviti        

Antara aktivit yang dijalankan adalah berkongsi maklumat & pengalaman menggunakan aplikasi dashboard my komuniti dan ceramah ringkas berkaitan kepentingan penggunaan dashboard kepada para pelajar, mempelajari cara menggunakan perisian multimedia (Microsoft Powerpoint: mencipta slaid dan pembentangan secara berkumpulan), menyelesaikan tugasan (Word Search Klik dengan Bijak), pertandingan menaip, pengenalan Subjek Tingkatan 1 (Sejarah/Matematik) dan ceramah dan kuiz klik dengan bijak

 

GAMBAR DISINI