Tarikh : 19 Jun 2018

Masa : 0830 pagi - 1230 tengahari

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan kepentingan komputer dalam pembelajaran asas komputer kepada para pelajar, serta mendedahkan komponen - komponen komputer dan fungsi - fungsi komponen tersebut serta penggunaan Microsoft Office dalam membantu kehidupan seharian.

 

Aktiviti

Petikan ringkas yang mengandungi simbol - simbol yang seringkali digunakan dalam menulis atau menaip sesuatu teks/surat/karangan diberikan kepada para pelajar dan mereka akan menaip teks tersebut sambil dibantu oleh petugas. Aktiviti lain seperti mewarna online dan wordsearch juga turut diselitkan.

 

 

Tarikh : 18 Jun 2018

Masa : 1030 pagi - 0230 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kesinambungan pembelajaran kelas asas komputer pada bulan sebelumnya untuk pelajar sekolah rendah dimana mereka didedahkan mengenai komponen asas komputers, fungsi - fungsi komponen tersebut, dan juga pendedahan kepada Microsoft Office terutamanya Microsoft Words.

 

Aktiviti

Pelajar diberi sebuah teks ringkas yang mengandungi simbol - simbol asas yang seringkali digunakan semasa menaip petikan. Disamping itu, aktiviti selingan seperti wordsearch dan mewarna online turut diadakan.

   

Tarikh: 23 May 2018

Masa: 0230 - 0400 petang

Lokasi: SK Nanga Meluan, 96600 Julau

Peserta: 151 orang pelajar

 

Tujuan

Ativiti Advokasi KDB ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI Nanga Meluan kepada para pelajar disamping merapatkan kaul diantara pelajar dan staf SK Nanga Meluan dengan petugas PI Nanga Meluan. Disamping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mendapatkan keahlian baru PI Nanga Meluan.

 

Aktiviti

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melakukan aktiviti KDB berkumpulan. Antara aktiviti - aktiviti tersebut ialah Telefon Buruk, Kuiz ICT dan KDB, Musang Berjanggut, dan Action Kamen.

 

 

 

 

Tarikh: 27 May 2018

Masa: 1030 pagi - 0400 petang

Lokasi: PEDi Nanga Meluan

Peserta: AJK PEDi Nanga Meluan, Penduduk Rumah Panjang sekitar Nanga Meluan

 

Tujuan

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada AJK PEDi Nanga Meluan dan juga penduduk rumah panjang di sekitar Nanga Meluan untuk mempamer dan menjual makanan dan hasil produk tempatan disamping merapatkan kaul diantara AJK PEDi dan penduduk rumah panjang yang hadir.

 

Aktiviti

Beberapa aktiviti telah diadakan semasa program ini berlangsung iaitu pemeriksaan tekanan darah, ceramah KDB, kuiz ICT, pertandingan mewarna online untuk orang dewasa dan pertandingan mewarna kanak-kanak, musical chair, cabutan tiket bertuah dan juga game KDB iaitu Musang Berjanggut.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 08 May 2018

Masa : 0100 - 0300 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan 

Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kesinambungan pembelajaran pada minggu - minggu sebelumnya mengenai asas ICT untuk pelajar sekolah rendah, dimana pelajar didedahkan mengenai komponen - komponen penting di dalam Microsoft Words dan fungsi - fungsi simbol yang seringkali digunakan di dalam petikan mahupun dialog. Juga info ringkas mengenai fungsi internet.

 

Aktiviti

Pelajar diberi sebuah teks ringkas yang mengandungi simbol - simbol yang seringkali diguna pakai di dalam petikan sebagai latih tubi menaip di dalam Microsoft Words di samping aktiviti sampingan mewarna online dan aktiviti ringkas yang lain dimana pelajar ada membuat aktiviti "mix & match" gambar yang telah disediakan oleh Petugas PI.