Tarikh : 23 September 2017
Masa : Sesi 1 (9:00 pagi - 12:00 tengahari) Sesi 2 (2:00 petang - 4:30 petang)
Lokasi : PEDI Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar. Kelas komputer pada hari ini dibahagi kepada 2 sesi iaitu Pukul 9:00 Pagi sehingga 12:00 Tengah hari (Sesi 1) dan Pukul 2:00 Petang – 4:30 Petang (Sesi 2). Tujuan kelas komputer diadakan adalah untuk menggalakan para pelajar menceburkan diri dalam bidang teknologi. Disamping mengembangkan kompetensi pelajar dalam menggunakan teknologi untuk mendukung kegiatan belajar dan berbagai aktiviti dalam kehidupan seharian
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas komputer pada hari ini, adalah Sesi Pagi: Mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Excel - Belajar untuk mencipta jadual (alamat dan jadual waktu belajar kendiri), Dashboard My Komuniti - Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan melalui aplikasi dashboard My Komuniti dan mempratikan cara menggunakan aplikasi dashboard my soal dan Aktiviti Santai (Menyelesaikan Permainan Game Word Search). Sesi Petang: Mempelajari cara menggunakan perisian Microsoft Excel - Mencipta jadual menggunakan perisian Microsoft Excel berpandukan contoh yang diberikan dan Dashboard My Komuniti - Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan menggunaka aplikasi dashboard My Komuniti.