Tarikh : 27 Ogos 2019

Masa : 0100 petang - 0300 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas Asas ICT (Pelajar Sekolah Rendah) ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul.

 

Aktiviti

Seperti pada kelas sebelumnya, pelajar diberi petikan sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Petikan tersebut berbeza mengikut tahap kemampuan membaca masing - masing. Selain itu, pelajar juga melukis dan mewarna menggunakan 'paint'.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 26 Ogos 2019

Masa : 0100 petang - 0300 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 9 orang

 

Tujuan

Kelas Asas ICT untuk Pelajar Sekolah Rendah ini diadakan setiap Isnin dan Selasa sebaik sahaja tamat masa persekolahan. Kelas ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan pelajar sekolah dan juga memberi pendedahan awal mengenai komponen asas komputer dan juga cara penggunaan internet yang betul.

 

Aktiviti

Seperti pada kebiasaannya, pelajar diberi sebuah petikan yang mengandungi simbol - simbol yang seringkali diguna pakai dalam sesebuah petikan sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Ogos 2019

Masa : 0100 petang - 0300 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar mengenali  komponen asas mengenai komputer dan juga fungsi - fungsi setiap komponen tersebut. Pelajar juga diberi pendedahan bagaimana penggunaan komputer terutamanya penggunaan Microsoft Office dan internet, yang banyak membantu dalam kehidupan seharian disamping merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Office, pelajar diberikan petikan yang mengandungi simbol - simbol yang kerap kali digunakan di dalam petikan, Aktiviti sampingan pelajar pula seperti mewarna 'online' dan juga melukis menggunakan 'paint'.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 30 Ogos 2019

Masa : 0900 pagi - 1130 pagi

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 16 orang (Guru, Pembantu Guru, Ibu Bapa dan Pelajar Tadika KEMAS Ng. Meluan)

 

Tujuan

Program Advokasi KDB pada bulan ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-62, bersama dengan Pelajar Tadika KEMAS Ng. Meluan berserta dengan guru - guru pengiring, pembantu guru dan juga ibu bapa pelajar sendiri. Disamping meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul, aktiviti ini dijalankan untuk menyemai perasaan cinta akan negara. 

 

Aktiviti

Antara aktiviti - aktiviti yang dijalankan ialah ceramah KDB, video kemerdekaan, wordsearch KDB dan pertandingan mewarna pelajar Tadika KEMAS.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 06 Ogos 2019

Masa : 0100 petang - 0300 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar mengenali  komponen asas mengenai komputer dan juga fungsi - fungsi setiap komponen tersebut. Pelajar juga diberi pendedahan bagaimana penggunaan komputer terutamanya penggunaan Microsoft Office dan internet, yang banyak membantu dalam kehidupan seharian disamping merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Seperti pada kelas sebelumnya, untuk latihan menaip menggunakan Microsoft Office, pelajar diberikan petikan yang mengandungi simbol - simbol yang kerap kali digunakan di dalam petikan, Aktiviti sampingan pelajar pula seperti mewarna 'online' dan juga melukis menggunakan 'paint'.

GAMBAR DISINI