Tarikh : 05 Ogos 2019
Masa : 0100 petang - 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 5 orang
Tujuan
Kelas ICT ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar mengenali komponen asas mengenai komputer dan juga fungsi - fungsi setiap komponen tersebut. Pelajar juga diberi pendedahan bagaimana penggunaan komputer dan internet banyak membantu dalam kehidupan seharian disamping merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelajar diberi petikan yang mengandungi simbol - simbol yang sering diguna pakai di dalam petikan sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Petikan tersebut diberikan mengikut tahap membaca masing - masing. Disamping itu, aktiviti sampingan pelajar ialah mewarna 'online' ataupun melukis menggunakan 'paint'.