SEJARAH PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) NANGA MELUAN

NADI2   

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Nanga Meluan terletak di dalam kawasan Daerah Julau. Jarak NADI Nanga Meluan ini dari Pekan Julau adalah sejauh 26 kilometer.

Kawasan NADI Nanga Meluan ini berada di kawasan yang sangat strategik. Di mana ianya terletak bersebelahan dengan Sekolah Tadika Kemas Nanga Meluan dan berhadapan dengan Rumah Panjang Nyambong dan Rumah Panjang Lawas. Kebanyakan penduduk disini terdiri daripada suku kaum Iban. Dari segi kegiatan ekonomi penduduk tempatan, kebanyakan daripada mereka adalah golongan petani. Antara hasil tanaman yang diusahakan adalah tanaman lada hitam, getah, padi dan buah-buahan. Hanya sebahagian daripada penduduk tempatan terlibat dalam bidang perniagaan, bekerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.

NADI Nanga Meluan ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Penubuhan NADI Nanga Meluan ini amatlah penting sekali terutamanya kepada masyarakat setempat. Di mana ianya membolehkan masyarakat setempat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam arus pembangunan teknologi ICT.

Portal NADI Nanga Meluan ini dibangunkan bagi memberi pelbagai maklumat disamping memperkenalkan kepada umum berkenaan NADI Nanga Meluan.