KELAS ASAS ICT
Tarikh : 1, 6-8 , 13 & 20-22 November 2020
Masa : 9:00 pagi-11:00 pagi/02:00 petang – 04:00 petang
Tempat : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 54 Orang
Tujuan
Kelas Asas ICT ini dapat meningkatkan kepantasan menaip serta meningkatkan kadar Celik IT di kalangan pelajar luar bandar. Selain itu, kelas ini dapat mengisi masa lapang pelajar dan merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian.
Aktiviti
1. Belajar menggunakan Microsoft Office : Microsoft Words dan Powerpoint.
2. Menaip petikan cerita,surat,jadual&carta
3. Mewarna,melukis menggunakan aplikasi Paint & kuiz ICT online.
ADVOKASI KDB
Tarikh : 1, 6-8 , 13 , 20-22 & 25 November 2020
Masa : 11:00 pagi-11:30 pagi/03:30 petang – 04:30 petang
Tempat : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 58 Orang
Tujuan
Aktiviti advokasi KDB ini dapat meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet dengan betul dan mendorong semua komuniti menjadi pengguna internet yang bijak dan sentiasa berwaspada. Meningkatkan kesedaran mengenai Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong di kalangan peserta.
Aktiviti
1. Taklimat ringkas KDB dan tayangan video KDB bersama peserta.
2. Melukis dan mewarna poster KDB & Poster Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
3. Menjawab kuiz dan silang kata KDB.