KELAS ASAS ICT
Tarikh : 2-4,16-18 & 24-25 Oktober 2020
Masa : 9:00 pagi-11:00 pagi/02:00 petang – 04:00 petang
Tempat : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 67 Orang
Tujuan
Kelas Asas ICT ini meningkatkan kepantasan menaip untuk semua golongan serta meningkatkan kadar Celik IT di kalangan pelajar luar bandar. Selain itu, kelas ini dapat mengisi masa lapang pelajar dan merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian.
Aktiviti
1. Belajar menggunakan Microsoft Office : Microsoft Words dan Powerpoint.
2. Menaip petikan cerita, surat rasmi dan membuat jadual.
3. Mewarna dan melukis menggunakan aplikasi Paint.
ADVOKASI KDB
Tarikh : 2-4,16-18 & 23-25 Oktober 2020
Masa : 11:00 pagi-11:30 pagi/03:30 petang – 04:30 petang
Tempat : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 99 Orang
Tujuan
Aktiviti advokasi KDB ini dapat memberi kesedaran bahawa penipuan online melalui laman sosial akan memberi kesan buruk kepada pengguna. Selain itu, dapat meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet dan mendorong semua komuniti menjadi pengguna internet yang bijak dan sentiasa berwaspada. Meningkatkan kesedaran mengenai Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong di kalangan komuniti Julau.
Aktiviti
1. Taklimat ringkas KDB dan tayangan video KDB bersama peserta.
2. Melukis dan mewarna poster KDB.
3. Menjawab kuiz dan silang kata KDB.
PROGRAM INFO ON WHEEL ANJURAN JABATAN PENERANGAN DAERAH JULAU
Tarikh : 23 Oktober 2020
Masa : 0830 pagi-1030 pagi
Tempat : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 30 Orang
Tujuan
Program Info On Wheel (IOW) ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Komuniti setempat di sekitar Meluan-Entabai mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan dan isu-isu yang memerlukan penjelasan terperinci.
Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada semua masyarakat dan juga dapat mengetahui isu-isu lain yang diterangkan oleh pegawai PDRM Julau.
Memberi kebaikan kepada Komuniti di sekitar Meluan-Entabai untuk mendapatkan info baru dengan mengikuti program sebegini yang dijalankan bertempat di PEDi Nanga Meluan.
Menggalakkan komuniti terus aktif dengan PEDi serta merapatkan hubungan organisasi Kampung dan PEDi.
Aktiviti
1. Program ini memfokuskan kepada penerangan berkenaan isu Dadah, Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran oleh pegawai daripada PDRM Daerah Julau.