KELAS ASAS ICT

Tarikh    : 1,2 & 7 Ogos 2020

Masa      : 9:00 pagi-11:00 pagi/01:00 petang – 03:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 21 Orang

Tujuan

Kelas Asas ICT bagi golongan Pelajar Sekolah Rendah ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul. Kelas ini juga dapat meningkatkan kadar Celik IT di kalangan pelajar luar bandar dan mengisi masa lapang pelajar ketika hujung minggu dan juga cuti sekolah.

Aktiviti 

1. Belajar menggunakan Microsoft Office : Microsoft Words,Powerpoint dan Publisher.

2. Menaip petikan, membuat jadual & menghasilkan carta pie.

3. Mewarna menggunakan aplikasi Paint.

IMG 20200801 103526

GAMBAR DISINI

BENGKEL USAHAWAN(PLATFORM SHOPEE)

Tarikh    : 14 & 15 Ogos 2020

Masa      : 09:00 pagi-04:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 5 Orang

Tujuan

Bengkel usahawan ini diadakan supaya dapat mengukuhkan PEDi sebagai pusat Latihan Keusahawanan dan membantu usahawan menggunakan perniagaan di atas talian. Selain itu, bengkel ini juga membantu peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga melalui applikasi Shopee serta dapat meluaskan pasaran usahawan bagi menambah perdapatan usahawan tempatan di sekitar Meluan ini.

Aktiviti 

1. Taklimat & tayangan video mengenai Shopee.

2. Mendaftar akaun Shopee dan mengisi maklumat jualan di Shopee.

3. Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta yang mengikuti Bengkel Pertandingan Usahawan Baru Online Melalui Platform Shopee.

WhatsApp-Image-2020-08-15-at-10.24.53-AM

GAMBAR DISINI

BENGKEL POSTER

Tarikh    : 16 & 23 Ogos 2020

Masa      : 09:00 pagi-12:00 tengahari /01:00 petang – 04:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 22 Orang

Tujuan

Bengkel/Kelas Poster ini diadakan supaya peserta dapat menonjolkan bakat kreatif mereka sendiri serta menggalakkan peserta supaya terus aktif dengan program PEDi. Di samping itu, bengkel ini dapat meningkatkan kadar Celik IT di kalangan pelajar luar bandar.

Aktiviti 

1. Taklimat ringkas Advokasi KDB.

2. Taklimat ringkas mengenai syarat pertandingan Poster PEDi.

3. Pengenalan kepada Aplikasi Piktochart untuk menghasilkan Poster yang menarik.

4. Penyampaian goodies dan sesi bergambar bersama peserta yang mengikuti Bengkel Pertandingan Poster 2020.

IMG 20200816 131921

 GAMBAR DISINI

ADVOKASI KDB

Tarikh    : 1,2,7,15,16,23 & 29 Ogos 2020

Masa      : 10:00 pagi-11:00 pagi/02:00 petang – 04:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 71 Orang

Tujuan

Aktiviti advokasi KDB ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan internet dan penipuan online melalui laman sosial akan memberi kesan buruk kepada pengguna. 

Aktiviti 

1. Taklimat ringkas KDB , tayangan video KDB.

2. Mewarna Poster KDB & Word Search KDB.

WhatsApp-Image-2020-08-24-at-11.03.27-AM-1

GAMBAR DISINI

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN VIDEO KRAFTANGAN MERDEKA

Tarikh    : 29 Ogos 2020

Masa      : 10:00 pagi-12:00 tengahari

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 7 Orang

Tujuan

Untuk menggalakkan komuniti terus aktif dengan program PEDi serta merapatkan hubungan bersama organisasi Kampung dan PEDi.

Aktiviti 

1. Menyampaikan hadiah kepada pemenang yang mengikuti pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020.

2. Taklimat ringkas KDB

IMG 20200829 112221

GAMBAR DISINI