KELAS ASAS ICT

Tarikh    : 4,5,10,17,18,24 & 25 Julai 2020

Masa      : 8:00 pagi-10:00 pagi/01:00 petang – 03:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 50  Orang

Tujuan

Kelas Asas ICT bagi golongan Pelajar Sekolah Rendah ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul. Kelas ini juga dapat meningkatkan kadar Celik IT di kalangan pelajar luar bandar dan mengisi masa lapang pelajar ketika hujung minggu dan juga cuti sekolah.

Aktiviti 

1. Belajar menggunakan Microsoft Office : Microsoft Words,Powerpoint dan Publisher.

2. Menaip petikan, membuat jadual & menghasilkan carta pie.

3. Mewarna Bendera Sarawak sempena Hari Kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai menggunakan aplikasi Paint.

4. Carian image di google dan belajar bagaimana 'save image'.

IMG 20200724 143618

GAMBAR DISINI

ADVOKASI KDB

Tarikh    : 4,5,10,18,24, & 25 Julai 2020

Masa      : 10:00 pagi-11:00 pagi/02:00 petang – 03:00 petang

Tempat  : PEDi Nanga Meluan

Peserta  : 40 Orang

Tujuan

Aktiviti advokasi KDB ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan internet dan penipuan online melalui laman sosial akan memberi kesan buruk kepada pengguna. Peserta akan lebih berwaspada ketika menggunakan internet serta lebih bijak ketika melayari internet. Disamping itu, peserta juga ditayangkan  video kesedaran berkaitan COVID19 supaya peserta sentiasa menjaga kesihatan dan perlu mematuhi SOP serta dapat membiasakan diri menjalani kehidupan Norma Baharu. Peserta juga diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang disebar melalui laman sosial berkaitan dengan Covid19.

Aktiviti 

1. Taklimat ringkas KDB , tayangan video KDB.

2. Taklimat ringkas mengenai Kesedaran Bahayanya Covid19 & SOP.

3. Mewarna Poster KDB & Word Search KDB.

IMG 20200704 095557

GAMBAR DISINI