Tarikh : 10 September 2019
Masa : 0100 petang - 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 5 orang
Tujuan
Kelas Asas ICT (Pelajar Sekolah Rendah) ini dijalankan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan pelajar selain daripada pendedahan awal mengenai fungsi ICT dalam membantu kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan umum mengenai penggunaan internet yang betul.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan petikan yang mengandungi simbol - simbol yang seringkali diguna pakai di dalam sesebuah petikan sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words untuk para pelajar. Petikan tersebut disediakan mengikut tahap pemahaman membaca pelajar masing - masing. Selain itu, aktiviti pelajar juga melibatkan mewarna menggunakan 'paint' dan melayari internet.