Tarikh : 18 Mac 2019
Masa : 0100 petang - 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 6 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen - komponen asas komputer serta fungsi - fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara - cara menggunakan internet.
Aktiviti
Pelajar diberi petikan ringkas mengikut pemahaman membaca dan ketangkasan menaip masing - masing sebagai latih tubi. Petikan tersebut mengandungi simbol - simbol yang sering diguna pakai samada dalam penulisan formal mahupun tidak formal. Selain itu, aktiviti sampingan pelajar adalah melukis menggunakan 'Paint' dan juga mewarna online.