Tarikh : 11 Februari 2019
Masa : 0100 petang - 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 8 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen - komponen asas komputer serta fungsi - fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara - cara menggunakan internet.
Aktiviti
Pelajar diberikan sebuah petikan ringkas sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Petikan tersebut merangkumi simbol - simbol yang seringkali digunakan di dalam sebuah teks formal mahupun tidak formal. Selain itu, para pelajar melukis dan mewarna menggunakan 'Paint' dan juga mewarna online.