Tarikh : 22 Januari 2019
Masa : 0100 petang - 0200 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 8 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen - komponen asas komputer serta fungsi - fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara - cara menggunakan internet.
AKtiviti
Seperti pada kelas sebelumnya, pelajar diberi petikan ringkas sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Petikan tersebut mengandungi simbol - simbol yang seringkali digunakan di dalam petikan. Pelajar diberi petikan mengikut pemahaman membaca masing - masing. Selain itu, aktiviti pelajar ialah mewarna online.