Tarikh : 19 Januari 2019

Masa : 0800 pagi - 0500 petang

Lokasi : PEDi Nanga Meluan

Peserta : Penduduk rumah panjang yang berdekatan dengan PI Nanga Meluan, guru - guru dan staf sokongan SK Nanga Meluan

 

Tujuan

Jom Sihat ini diadakan bertujuan untuk menekankan hal - hal yang berkaitan dengan kesihatan kepada masyarakat setempat dan disamping juga untuk merapatkan jurang digital penduduk setempat dan juga merapatkan kaul di antara penduduk kampung bersama dengan agensi - agensi kerajaan mahupun swasta yang turut hadir pada hari tersebut, dimana mereka boleh mendapatkan info - info terbaharu yang berkaitan dengan kesihatan dan juga komuniti luar bandar.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Jom Sihat PI Nanga Meluan 2019 ini. Antaranya ialah saringan kesihatan bagi guru - guru dan juga staf sokongan SK Nanga Meluan, pertandingan mewarna poster kesihatan guru - guru dan juga staf sokongan SK Nanga Meluan, pertandingan mewarna poster kesihatan online kategori dewasa, pertandingan My Place, pertandingan menulis artikel kesihatan di dalam My Komuniti, pertandingan kuiz online (Kahoot.IT) yang berasaskan kesihatan, pertandingan Musang Berjanggut, dan pertandingan memasak makanan sihat. Turut diadakan juga saringan kesihatan kepada masyarakat setempat (cek tekanan darah, cek gula dan cek kumpulan darah) dan ceramah kesihatan wakil dari KPJ Specialist Sibu dan ceramah keselamatan dari RELA Julau. Ceramah KDB dan Kuiz KDB juga turut tidak ketinggalan diadakan pada hari tersebut. Ceramah mengenai penjagaan gigi dari Klinik Pergigian Julau turut diadakan bersama dengan Pelajar Tabika Kemas Julau & Tabika Kemas Nanga Meluan bersama dengan para ibu bapa.

 

GAMBAR DISINI