Tarikh : 20 Ogos 2018
Masa : 1230 tengahari - 0230 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen - komponen asas komputer serta fungsi - fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara - cara menggunakan internet.
Aktiviti
Petikan ringkas yang mengandungi simbol - simbol penting yang seringkali digunakan di dalam teks telah disediakan untuk pelajar sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words. Aktiviti selingan ialah seperti mewarna online.