Tarikh : 06 Ogos 2018
Masa : 0100 petang - 0300 petang
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 5 orang
Tujuan
Kesinambungan dari kelas asas ICT pada minggu sebelumnya, para pelajar diperkenalkan kepada komponen - komponen asas komputer serta fungsi - fungsinya dan bagaimana komputer membantu dalam kehidupan seharian. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara - cara menggunakan internet.
Aktiviti
Seperti biasa, petikan ringkas diberikan kepada para pelajar sebagai latihan menaip menggunakan Microsoft Words dan juga mewarna online. Disamping itu, para pelajar juga diajar untuk menggunakan internet untuk mencari maklumat.