Tarikh : 20 Julai 2018
Masa : 0150 pm - 0450pm
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 2 orang (Tahap 2 Pelajar Sekolah Rendah)
Tujuan
Tujuan utama kelas ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan kemahiran kecelikan teknologi yang melibatkan kebolehan menggunakan teknologi seperti aplikasi-aplikasi asas Microsoft Office, menyelesaikan masalah serta mengumpul, menyusun dan berkongsi maklumat. Disamping untuk menggalakan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang ICT dan mengembangkan kompetensi pelajar dalam menggunakan teknologi untuk mendukung kegiatan belajar dan bagi aktiviti harian.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas ini berlansung ialah pelajar diberi latihan menaip jadual aturcara menggunakan Microsoft Words bagi meningkatkan ketangkasan dan kemahiran pelajar.