Tarikh : 24 Febuari 2018
Masa : 09:00am - 04:30pm
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 9 orang
Tujuan
Program ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan kemahiran kecelikan teknologi yang melibatkan kebolehan menggunakan teknologi. Selain membekalkan pelbagai pengalaman langsung untuk meneroka dan mengetahui aplikasi asas komputer. Disamping untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana dalam meningkatkan dan memperkasakan kemahiran dalam menggunakan aplikasi-aplikasi media sosial untuk menongkatkan hasil perniagaan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ceramah & Kuiz Klik dengan Bijak, Mencipta Email, Ceramah Berkaitan Kepentingan Penggunaan Internet dalam memacu kerjayaan dalam bidang keusahawanan(pendedahan penggunaan dan kepentingan E-Dagang & Menonton Video Usahawan Berjaya spt Jack Ma, sebagai pembekal semangat usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk terus mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan), Ceramah tentang kepentingan Media Sosial membantu kerjayaan dalam bidang keusahawanan, mempelajari teknik-teknik mempromosikan barang jualan menggunakan aplikasi sosial media dan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Health, My Komuniti & My Shop).