Tarikh : 18 Febuari 2018
Masa : 09:00 am - 04:30 pm
Lokasi : PEDi Nanga Meluan
Peserta : 4 orang
Tujuan
Program ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital. Disamping itu, ia juga membekalkan pelbagai pengalaman langsung untuk menerokai asas komputer.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menaip/mencipta slaid pembentangan berpandukan tajuk yang diberikan menggunakan Microsoft Powerpoint, menaip teks untuk meningkatkan ketangkasan dan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word, menyelesaikan tugasan "word search & crossword KDB", Ceramah Klik dengan Bijak dan melayari internet.