Tarikh    :   9 Oktober 2017

Masa      :    8:30 Pagi – 5:00 Petang

Lokasi    :    PEDi Nanga Meluan 

Peserta  :    27 orang + 3 Guru Pengiring

IMG 6030

 

Tujuan     

Program Asas ICT (E-Learning) telah dihadiri oleh 27 orang peserta. Kesemua peserta yang terlibat merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nanga Entabai. Program Asas ICT (E-Learning) ini merupakan salah satu program asas yang dijalankan setiap tahun. Program ini mula dilaksanakan pada hujung tahun 2016 dimana program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6. Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pihak sekolah yang terlibat. Dimana program ini haruslah diteruskan untuk masa yang akan datang kerana ianya memberikan manfaat yang baik kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Cadangan seterusnya daripada pihak sekolah, dimana program ini haruslah dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk tahap 1 dan tahap 2. Tujuan utama Program Asas ICT (E-Learning) ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan mengenai kepentingan penggunaan E-Learning sebagai salah satu medium penting dalam pembelajaran seharian pelajar-pelajar Tahun 6 sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah nanti. Disamping memacu kejayaan pelajar selaras dengan dasar Pendidikan 21st Century Learning. Objektif program: Menyemai dan menggalakan budaya E-Learning dalam kalangan pelajar, memantapkan Sistem E-Learning yang efektif, berkesan dan mesra pengguna mempromosikan PEDi kepada pelajar dan mewujudkan permuafakatan antara petugas dan pelajar.

 

Aktiviti 

Antara aktivit yang dijalankan adalah: Ceramah Dashboard Komuniti (Menggunakan Aplikasi Dashboard Komuniti), belajar menggunakan Microsoft Office (Microsoft PowerPoint), mencipta Slide Pembentangan secara berkumpulan, mencari maklumat pembentangan menggunakan internet Pembentangan Slide secara berkumpulan (Hadiah diberikan kepada Kumpulan Terbaik), pengenalan Subjek Tingkatan 1 (Sejarah & Matematik) dan Ceramah Klik dengan Bijak (Kuiz Pemenang akan diberikan Hadiah)

 

GAMBAR DISINI